Fotografi adalah elemen yang sangat penting dalam sukan. Setiap aksi yang dipotret pasti meninggalkan kesan yang besar kepada pembaca.

Gambar-gambar ini bukan mudah untuk diambil. Ia memerlukan kreativiti yang tinggi selain ketepatan masa untuk jurugambar merakam detik tersebut.

Antara gambar sukan yang menjadi bualan hangat di seluruh dunia pastinya detik Usain Bolt berlari sambil tersenyum pada Sukan Olimpik musim lalu.

Melihat gamabr-gambar sebegini, terbit satu persoalan dari kami – apakah rakyat Malaysia juga mempunyai kreativiti dalam menghasilkan gambar sukan yang menarik?

Jadi, kami bawakan Peraduan Foto Dunia Sukan yang menawarkan hadiah wang tunai RM 3000 untuk pemenang pertama, RM 1500 untuk tempat kedua dan RM 500 untuk tempat ketiga.

Bagaimana caranya untuk menyertai peraduan ini?

PERTAMA – Dapatkan borang peraduan dalam majalah Dunia Sukan edisi Mei dan Jun 2017. Mana nak dapat majalah?

KEDUA – Dah ada borang, sekarang ambil apa sahaja gambar bertemakan sukan (tak kira apa jenis sukan). Anda boleh gunakan apa-apa jenis kamera sekalipun termasuk kamera telefon pintar.

KETIGA – Mesti banyak gambar yang anda ambil bukan? Sekarang, pilih 3 yang terbaik yang anda rasa boleh ‘tapau’ peserta-peserta lain. Satu penyertaan boleh hantar 3 gambar. Gambar tersebut haruslah dihantar dalam bentuk digital dengan resolusi tinggi. Hantar ke email beralamat dsfotocontest@gmail.com. Jangan lupa sertakan sekali nama dan nombor telefon anda dalam email tersebut.

KEEMPAT – Borang yang anda beli itu jangan lupa hantar pula. Lengkapkan dan hantarkan ke alamat berikut:

DS MEDIA & EVENTS SDN BHD
No 9 D’Bayu Business Centre
Jalan Serambi U8/24 Bukit Jelutong
40150, Shah Alam, Selangor.

Gambar-gambar yang anda email hanya akan disahkan untuk menyertai peraduan ini selepas kami menerima borang peraduan tersebut. Gambar-gambar yang anda hantarkan ini juga akan menjadi hak milik eksklusif Dunia Sukan. Tarikh tutup penyertaan ialah 12 Jun.

Jadi apa tunggu lagi, serlahkan bakat fotografi sukan anda. Sebarang maklumat lanjut termasuk untuk mendapatkan majalah dan borang penyertaan, boleh hubungi talian 03-78325262 atau emel ke myduniasukan@gmail.com