Pusingan kelayakan Piala Monsun ditamatkan hari ini dengan Peter Gilmour bersama krew YANMAR Racing berada di atas carta kelayakan dengan lapan kemenangan dari sebelas perlumbaan.

Lima ‘skipper’ lain menamatkan pusingan kelayakan dengan masing-masing mencatatkan tujuh kemenangan. Bjorn Hansen, Keith Swinton, Taylor Canfield, Phil Robertson dan Ian Williams terikat masing-masing terikat dengan jumlah mata yang sama tetapi rekod pertemuan ketika menentang para ‘skipper’ ini memberi kelebihan kepada Hansen yang menduduki tempat kedua.

David Gilmour yang berada di tangga ke sembilan apabila perlumbaan ditamatkan semalam berjaya memmenangi baki dua pelumbaannya pagi tadi untuk menbawa jumlah kemenangannya kepada enam dengan kemenangannya ke atas Pierre-Antoine Morvan dalam ‘flight’ terakhir membawanya ke peringkat suku akhir.

Undian peringkat suku akhir dijalankan dengan ‘skipper’ yang mempunyai kedudukan tertinggi akan memilih lawannya. Hari ini Peter Gilmour memilih untuk menjadikan perlawanan suku akhirnya sebagai satu ‘urusan keluarga’ apabila memilih David sebagai lawannya.

Sementara itu, Hansen yang mendahului Williams dengan 2.25 mata sahaja menggunakan pendekatan yang berisiko tinggi tetapi sekiranya berjaya akan menyaksikan beliau semakin hampir memenangi gelaran juara Jelajah ‘Match Racing’ Dunia ALPARI (AWMRT) yang pertama, dengan memilih Ian Williams sebagai lawannya di peringkat kalah mati.

Swinton pula yang masih lagi berpeluang untuk turut muncul sebagai juara AWMRT musim ini memilih untuk bertemu dengan Canfield meninggalkan Phil Robertson untuk bertemu dengan lawan yang pernah ditewaskan di peringkat kelayakan iaitu Morvan.

KEDUDUKAN AKHIR PUSINGAN KELAYAKAN

1. Peter Gilmour (YANMAR Racing) 8-3
2. Bjorn Hansen (Mekonomen Sailing Team) 7-4
3. Keith Swinton (Black Swan Racing) 7-4
4. Taylor Canfield (US One) 7-4
5. Phil Robertson (WAKA Racing) 7-4
6. Ian Williams (GAC Pindar) 7-4
7. David Gilmour (Team Gilmour) 6-5
8. Pierre-Antoine Morvan (Vannes Agglo Sailing Team) 6-5
9. Adam Minoprio (ALPARI Racing Team) 6-5
10. Laurie Jury (KIWI Match Sailing) 3-8
11. Johnie Berntsson (Berntsson Sailing Team) 2-11
12. Jeremy Koo (KFC Malaysia/KRT) 0-11

UNDIAN SUKU AKHIR

Peter Gilmour vs David Gilmour
Bjorn Hansen vs Ian Williams
Keith Swinton vs Taylor Canfield
Phil Robertson vs Pierre-Antoine Morvan