Connect with:




Ujian pra musim pertama Formula One tahun ini menyaksikan juara dunia empat kali, Lewis Hamilton kembali menungguli carta teratas di bawah kendalian Mercedes.

Pemain Britain itu, yang hanya melakukan 25 pusingan lebih awal dalam masa seminggu selepas salji dan hujan yang telah menimbulkan kekacauan dalam jadual, menyempurnakan 69 lagi pusingan dengan catatan masa terpantas satu minit 19.333 saat menggunakan tayar Pirelli sederhana.

“Saya sangat gembira untuk keluar hari ini, jujur,” kata Hamilton kepada pemberita pada akhir sesi hari di Circuit de Catalunya.

“Kami tidak mempunyai banyak pusingan untuk merasai tanyar dan melakukan proses pemanasan pada kereta baru ini. Saya jugak tidak suka ujian tetapi hari ini saya benar-benar gembira untuk keluar.

“Setakat ini ia positif.”, kata Hamilton.

Sebastian Vettel, Ferrari, yang juga naib juara musim lepas berkata bahawa Hamilton dan Mercedes akan menjadi pasukan kegemaran ketika musim bermula di Australia pada 25 Mac nanti.

Walau bagaimanapun, Hamilton tidak memerhatikan prestasi pasukan lain.

“Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan,” katanya. “Saya telah melihat beberapa pesaing di landasan yang betul.”

Pemain Belgium, Stoffel Vandoorne, yang kini dibawah di McLaren selepas pasukan itu berpisah dengan Honda pada penghujung tahun lalu, melakukan 110 pusingan dan berada di kedudukan kedua terpantas walaupun menggunakan tayar hyper-soft yang lebih cepat.

Masa Vandoorne 1: 19.854 masih jauh lebih perlahan daripada Hamilton.

Pasukan dari Sepanyol dan juara dunia dua kali, Fernando Alonso melakukan 51 pusingan dan berada di tempat kelima.

Ujian pra-musim kedua dan terakhir bermula pada hari Selasa ini di Litar Barcelona de Catalunya.

Foto Kredit: Inquirer Sports