Connect with:




Juara dunia empat kali Formula Satu (f1),  Lewis Hamilton menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan Mercedes sekurang-kurangnya bagi dua musim lagi.

Pemain berusia 33 tahun itu yang kontraknya dijangka tamat hujung musim ini menamatkan spekulasi dengan kekal bersama pengilang dari Jerman itu  sehingga  2020.

Difahamkan laporan dari BBC Sport memberitahu, Hamilton bakal memperoleh sekurang-kurangnya £ 30 juta (RM159juta) setahun, dan kemungkinan meningkat kepada £ 40 juta (RM211.4juta) maksium, bergantung kepada bonus.

“Saya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga perlumbaan Mercedes selama 20 tahun dan saya tidak pernah berasa gembira di dalam pasukan seperti saya rasa ketika ini.

Dia turut menjelaskan bahawa telah berbincang bersama (ketua pasukan) Toto (Wolff) ketika musim sejuk lalu mengenai kontrak lanjutannya bersama pasukan tersebut.

“Saya tidak sabar untuk melihat apa yang boleh kami capai dalam tempoh dua setengah tahun ini.” – Reuters

Foto Kredit: Planet F1