Connect with:




Lewis Hamilton kembali merampas semula kedudukan Formula One (F1) daripada Sebastian Vettel yang terbabit kemalangan selepas bermula di kelompok belakang tetapi dapat mencipta kemenangan bermakna di Grand Prix (GP).

Ia sekaligus menyaksikan pelumba kelahiran Britain itu melakar kemenangannya yang ke-66 walaupun menghadapi cuaca buruk yang mungkin boleh menghentikan saingan sekiranya perlumbaan sedang berlangsung.

Dalam pada itu, pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang memulakan perlumbaan di petak utama dekat Litar Hockenheim kini ketinggalan 17 mata di belakang Hamilton selepas jenteranya terbabas sebelum melanggar tembok penghadapan di depan penyokongnya sendiri.

Cuaca hujan lebat itu myebabkan keadaan dan suasana di lita tersebut menjadi agak kelam kabut di hujung saingan.

“Bermula di kelompok belakang (petak 14) sangat menyukarkan saya tetapi saya percaya peluang masih ada untuk merekodkan kemenangan, “kata Hamilton.

“Saya berjaya merealisasikan impian itu hari ini,” tambahnya.

Sementara itu, pelumba Mercedes, Hamilton menamatkan perlumbaan di depan rakan sepasukan, Valtteri Bottas dan seorang lagi pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen.

Foto Kredit: Reuters