Juara dunia tiga kaliĀ  Lewis hamilton kini semakin hampir dengan gelaran juara dunia ke-4 selepas beliau mengungguli kejohanan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) awal pagi ini.

Pelumba Britain yang memandu jentera Mercedes itu menggunakan segala kelebihan yang ada dengan meninggalkan pencabar terdekat dari Ferarri, Sebastian Vettel.

Vettel terpaksa akur kerana kemenangan Hamilton hanya dibezakan dengan 10 saat sahaja.

Pelumba Red Bull dan Belanda, Max Verstappen melepasi garisan penamat di tangga ketiga selepas pergerakan kontroversi yang dilakukannya pada selekoh terakhir untuk mengatasi seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen

F1 Grand Prix Amerika Syarikat menjadi kemenangan kesembilan Hamilton, 32 musim ini dan yang ke-62 dalam kariernya sebagai pemandu F1.

Sementara itu, Hamilton hanya perlu berada dalam kedudukan lima tempat teratas pada GP Mexico hujung minggu ini untuk mengesahkan status sebagai juara dunia buat kali keempat. – AFP

Foto Kredit: Lewis Hamilton