Connect with:




Kebanyakan peminat Formula One di Asia Tenggara tampak gembira apabila mendengar khabar berita mengenai Grand Prix bakal meluaskan ‘jajahannya’ ke Vietnam mulai musim 2020 selepas Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri.

Disebalik khabar gembira itu, jaguh F1 dunia, Lewis Hamilton kelihatan sugul dan tidak tertarik dengan penambahan jumlah perlumbaan kepada 22 perlumbaan.

Dia mengancam untuk angkat kaki dari sukan Formula One sekiranya penganjur terus memperluaskan musim perlumbaan dalam kalendar yang dikatakan sudah padat.

Menjawab tentang isu tersebut, juara dunia lima kali itu menegaskan musim akan menjadi terlalu panjang dan kekangan masa bersama keluarga bakal menyumbang faktor utama jika penambahan perlumbaan dilaksanakan.

“Sekiranya ia ditambah kepada 25 perlumbaan, saya pasti tidak akan berada di sini (F1).

“Musim ini sahaja saya merasakan seperti berlumba dalam 25 perlumbaan. Saya fikir ia bukanlah suatu perkara yang baik dan saya percaya dengan hanya 18 perlumbaan seperti sebelum ini adalah yang terbaik bagi pelumba,” kata pelumba Petronas Mercedes AMG.

Tambahnya lagi, meskipun dia meminati sesuatu perlumbaan, namun idea penganjur tersebut memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

“Saya sangat meminati perlumbaan tetapi ia akan menjadi satu musim yang sangat panjang selain memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelumba. Dengan masa yang agak banyak diambil, masa cuti akan menjadi semakin pendek.

“Saya hanya boleh bercakap bagi pihak diri sendiri. Masa yang terlalu singkat untuk anda memulakan persediaan untuk musim hadapan sejurus tamat musim ini. Ianya terlalu sukar bagi saya. Malahan, saya kena mencari masa lapang untuk berehat dan pulih semula pada masa yang sama.”

Dalam perkembangan sama,  Vietnam Grand Prix akan berlangsung buat pertama kalinya pada 2020 menarik minat penganjur untuk menambah satu lagi satu lagi perlumbaan sama ada di Amerika Syarikat – Miami

Foto: Lewis Hamilton