Simona Halep mengakui yang dia sememangnya bimbang tentang kecederaan yang dialami oleh buku lalinya.

Tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi pemain yang berusia 25 tahun itu untuk menjuarai grand slam buat pertama kalinya selepas mara ke pentas akhir Terbuka Perancis.

Pilihan ketiga kejohanan itu telah menewaskan pemain no 2 dunia, Karolina Pliskova dengan   6-4, 3-6, 6-3 di peringkat separuh akhir.

Halep bakal bertemu lawannya iaitu pemain bukan pilihan Jelena Ostapenko di perlawanan akhir nanti.

Dia diramalkan tersingkir lebih awal di Roland Garros kerana mengalami kecederaan di ligamen buku lalinya ketika tewas kepada Elina Svitolina di perlawanan akhir Terbuka Itali.

“Saya sangat takut kerana mereka memberitahu saya bahawa ia sudah patah. Tetapi saya enggan menerima kenyataan tersebut dan memikirkan perkara yang positif sahaja.

“Saya mahu beraksi di Terbuka Perancis, saya sanggup ambil risiko dan tidak kisah dengan apa keputusan imej imbasan yang akan ditunjukkan nanti,” kataya.

Halep yang muncul sebagai naib juara di Roland Garros 2014 tewas kepada Maria Sharapova sekali gus menjadikan terbuka kali ini sebagai lubuk emasnya untuk menjuarai Terbuka Perancis. – AGENSI