Connect with:




Jangan ingat bolasepak sahaja ada spekulasi perpindahan. Sukan permotoran seperti MotoGP pon ada.

Menariknya, spekulasi yang bertiup kencang ini melibatkan penunggang kebangaan negara, Hafizh Syahrin. Menurut wartawan MotoGP dari media Motorcyclenews, Simon Patterson, Hafizh kini dalam senarai untuk menggantikan Jonas Folger dalam saingan utama MotoGP pada musim ini.

Folger minggu lalu mengesahkan akan berehat dari saingan musim ini selepas masih belum pulih sepenuhnya dari masalah kesihatan yang dihidapinya.

Ini membuatkan pasukan Monster Yamaha Tech 3 mempunyai satu kekosongan pelumba pada musim ini.

Pelumba Colombia, Yonny Hernandez telag menggantikan tempat Folfer dalam sesi latihan musim sejuk di Sepang baru-baru ini namun begitu menurut Patterson, Yonny hanya menunggang untuk sesi ujian tersebut sahaja.

Ketua pasukan Tech 4, Herve Poncharal memaklukmkan amat sukar untuk mereka menebus kontrak Yonny yang sudah pun diikiat pasukan Pedercini Kawasaki untuk saingan Kejuaraan Superbike Dunia.

“Tiada nama Hafizh dalam senarai sebelum ini tetapi situasi tersebut sudah berubah sekarang, namanya ada dalam senarai kami.

“Bagaimanapun, ia masih jauh untuk kami sahkan dia (Hafizh) akan beraksi untuk Tech 3. Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini. Saya mahu fokus kepada jentera dan penaja-penaja kami” kata Poncharal dipetik dari laman web www.motorcyclenews.com.

Hafizh, 23 tahun dijadualkan beraksi untuk pasukan SIC Racing Team dalam saingan Moto2 selepas tidak menyambung kontrak bersama Petronas Raceline.