Connect with:




Wakil Asia Tenggara, Hafizh Syahrin Abdullah terus memberi aksi yang mengagumkan apabila dia menduduki tempat ke-16 dalam ujian MotoGP terakhir di Losail International Circuit, Qatar.

Hafizh, yang pertama menjadi wakil Malaysia dalam MotoGP, merupakan pelumba ‘rookie’ kedua terpantas pada hari Sabtu selepas melakukan usaha terbaiknya dengan catatan masa 1: 55.273.

Walaupun trek yang berbeza di Buriram dan Losail, tetapi dari segi peratusan, Malaysia jelas mempamerkan aksi yang amat baik.

Sementara itu, Itali Franco Morbidelli, yang berpindah ke kelas utama apabila memenangi gelaran dunia Moto2, merupakan ‘rookie’ terpantas dalam keseluruhan ke-13 dengan mencatatkan masa sebanyak 1: 55.132.

Hafizh berada di bawah 2% daripada rakan sepasukan Monster Tech 3, Johann Zarco semasa ujian bulan lepas di Thailand tetapi beliau sedikit tersasar di Qatar dan jatuh kepada lebih dari 1% dari rakannya dari Perancis itu.

Zarco menduduki tangga teratas pada hari Sabtu dengan masa 1: 54.029.

“Saya berasa sangat baik dan sangat yakin dengan jentera itu. Langkah demi langkah, kami memahami pasukan dan elektronik dengan lebih baik. Saya fikir saya telah melakukan kerja yang bagus, ” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Walaupun menjadi ‘rookie’ terpantas kedua, Hafizh masih mempunyai cabaran fizikal untuk beralih ke kelas utama bagi merekodkan masa yang pantas berbanding dengan rakannya yang merupakan pendatang baru ke kelas MotoGP.

Penunggang akan kembali ke Losail untuk perlumbaan pertama kejohanan pada 18 Mac.

“Cabaran fizikal adalah satu perkara yang perlu saya tumpukan antara sekarang dan kemudian. Saya perlu terus bekerja secara fizikal apabila saya berada di rumah untuk menjadi lebih segar dan bersemangat. ” katanya.

Foto Kredit: MotoGP