Pelumba baru Monster Yamah Tech3, Hafizh Syahrin sedia menjadi pencabar baharu kepada pelumba seperti Valentino Rossi, Marx Marquez dan Jorge Lorenzo dalam saingan MotoGP musim ini.

Hafizh mempamerkan prestasi yang memberangsangkn ketika sesi ujian pramusim di Thailand minggu lalu telah meyakinkan Monster Yamah Tech3 untuk melantik beliau sebagai pemandu mereka.

Orang kuat disebalik kejayaan Hafizh, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata pihakna berharap Hafizh akan memberikan cabaran hebat kepada pelumba lain.

“Pada pukul 4 petang ini kami telah dapat mengesahkan bahawa Hafizb akan berlumba untuk Monster Yamaha Tech3. Ini satu sejatah buat negara dan juga rezeki kepada Hafizh.

“Selepas 27 tahun menganjurkan MotoGP, kali pertama di Litar Batu Tiga, Pasir Gudang dan Sepang, akhirnya kita mempunyai pelumba bertanding dalam kelas perdana,” katanya.

Hafizh bakal bergandingan dengan Pelumba Perancis, Johann Zarco yang merupakan pelumba rookie terbaik tahun lalu bagi menggantikan Jonas Folger dari Jerman yang menarik diri atas faktor kesihatan.

Monster Yamah Tech3, yang merupakan antara pasukan bukan pengeluar terkuat dalam persaingan MotoGP, mengikat kontrak setahun dengan pelumba dari Selangor itu.

Perlumbaan pertama dijangka bermula di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 18 Mac ini.

Foto Kredit : mcnews(dot)com(dot)au