Connect with:




Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah terlepas peluang dari mendapat sebarang mata selepas dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 di GP Austria, semalam.

Wakil pasukan Monster Yamaha Tech3 dalam kelas MotoGP itu menamatkan perlumbaan 30.343 saat ketinggalan jauh di belakang juara, Jorge Lorenzo dari Sepanyol.

Dia turut ketinggalan 0.27 saat di belakang seorang lagi pelumba muka baharu, Takaaki Nakagami dari Jepun.

Bagaimanapun, penunggang kelahiran Ampang itu masih mendahului kedudukan rookie selepas saingannya, Franco Morbidelli (Itali) mendapat tempat ke-19.

Sedikit info mengenai Kejohanan di GP Austria ini:-

1- Litar ini merupakan penampilan pertama Hafizh dalam saingan MotoGP.

2- Rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan.

3- Dua perlumbaan sebelumnya telah dimenangi oleh dua Andreas, iaitu Andreas Iannone pada 2016 dan Andreas Dovizioso pada 2017.

4- Kemenangan Lorenzo dalam GP Austria ini bermakna dia menaiki podium kali keempat pada musim ini.

5- Pusingan seterus kejohanan akan diadakan di litar Silverstone pada 24-26 Ogos