Connect with:




Persaingan sengit antara dua rookie baru terhangat MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah dengan Franco Morbidelli berterusan di Grand Prix Czech dimana pelumba Itali itu mempunyai sedikit kelebihan di Litar Brno, semalam.

Dalam pada itu, Hafizh (Monster Yamaha Tech3) mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-14, 21.181 saat jauh di belakang pemenang pusingan, Andrea Dovizioso (Ducati) yang memenanginya dengan catatan masa 41: 07.728s.

Sebaliknya, Morbidelli (EG 0, 0 Marc VDS) berhempas pulas sekaligus menamatkan perlumbaan ditempat ke-13 (+ 19.603s) bagi melunaskan harapannya kembali sebagai ‘Rookie of the Year’ selepas kehilangan dua perlumbaan terakhir akibat kecederaan.

Hafizh kekal mendahului carta dalam kedudukan rookie dengan 24 mata di hadapan tetapi kemenangan Morbidelli membantutkan dua mata Hafizh dengan berbaki Sembilan pagi pusingan perlumbaan musim ini.

Pelumba yang berasal dari Ampang itu bagaimanapun memberitahu dia bergelut dengan jenteranya semasa di tengah perlumbaan.

“Pada permulaan saya berasa sangat baik dengan jentera itu, tetapi selepas pertengahan perlumbaan, saya tidak tahu kenapa motosikal saya bergerak tidak menentu di pintu keluar sudut,” kata Hafizh.

“Saya cuba memahami, tetapi sukar bagi saya untuk berlumba seperti ini. Saya cuba mengawal motosikal dan bekerja dengan badan saya.

“Kami akan cuba mencari penyelesaian untuk isu ini. Saya mengumpul dua mata lagi namun ia sangat dekat dengan Morbidelli, tetapi saya akan cuba untuk mempamerkan aksi perlumbaan yang baik minggu depan.”

Sementara itu, pelumba Moto3, Adam Norrodin mengalami satu lagi babak yang mengecewakan apabila dia terlibat dalam kemalangan untuk kali keempat musim ini.

Dalam kategori Moto2 pula, Khairul Idham Pawi (Idemitsu Honda Team Asia) dan Finn Niki Tuuli (SIC Racing Team) masing-masing berada di tangga ke-20 (+ 21.334s) dan ke-21 (+ 28.078s).

Pusingan seterusnya bakal diadakan di Red Bull Ring di Austria pada 9 hingga 12 Ogos depan.