Connect with:




Hafizh Syahrin membuktikan bahawa dia mampu bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik dunia apabila menduduki tempat kesembilan dalam perlumbaan di GP Argentina awal pagi tadi.

Hafizh yang bermula dari petak dua terakhir berjaya memintas beberapa pelumba untuk menempatkan dirinya dalam golongan 10 teratas sehingga tamat perlumbaan dan mengutip tujuh mata berharga buat pasukannya, Monster Yamah Tech 3.

Walaubagaimanapun, perlumbaan awal pagi tadi lebih tertumpu kepada dua bekas juara dunia, Valentino Rossi  dari pasukan Yamaha dan Marc Marquez  dari pasukan Honda yang terbabit dengan kemalangan.

Rakaman menunjukkan Marquez dengan sengaja melanggar Rossi ketika di selekoh sehingga pelumba dari Itali itu terjatuh. Marquez juga telah menunjukkan pemanduan yang berbahaya apabila telah memotong secara agresif beberapa pelumba sebelum insiden itu berlaku.

Marquez dikenakan penalti 30 saat dan selepas tamat perlumbaan, dia bersama pasukan Honda datang ke ‘post-race’ Yamaha untuk berjumpa Rossi dan memohon maaf tetapi tidak dilayan oleh Rossi.

Perlumbaan awal pagi dimenangi oleh Cal Crutchlow dari Britain, Johan Zarco dari Perancis di tempat kedua dan Alex Rins dari Sepanyol di tempat ketiga.

Selepas ini perlumbaan MotoGP akan berlangsung di Amerika Syarikat pada 22 April.

Sumber : My Metro

Foto Kredit : motogp(dot)com