Connect with:




Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan pertamanya musim ini apabila menduduki tempat ke-14 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, awal pagi tadi.

Hafizh yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3 meraih dua mata berharga buat dirinya dengan catatan masa 42:55.953.

Dalam perlumbaan pembukaan musim 2018 awal pagi tadi, pelumba Itali, Andrea Dovizioso meraih tempat pertama dengan catatan masa 42:34.654, diikuti Marc Marquez dari Mexico (42:34.681) dan Valentino Rossi (42:35.451) di tempat kedua dan ketiga.

Perlumbaan MotoGP seterusnya di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina pada 8 April 2018.

Foto Kredit : paultan(dot)org