Bekas Juara Badminton Deluruh England 2003, Muhamad Hafiz Hashim kini telah rasmi menjadi jurulatih bagi Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang dipersetujui semalam.

 

“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, jadi selepas ini saya perlu merangka program bagi pemain-pemain muda di SSBJ untuk mengangkat semula martabat sukan badminton di negara kita,

 

“Rata-rata lingkungan usia di bawah kendalian saya nanti adalah antara 16 dan 17 tahun, mereka masih muda dan perlu digilap bakat mereka untuk menjadi pemain yang berkualiti,” katanya.

 

Hafiz yang dijadualkan akan memulakan kerjaya sebagai jurulatih pada 2 Januari tahun hadapan adalah perkara yang amat ditunggu-tunggu olehnya.

 

Dia (Hafiz) yang kini menjadi tenaga pengajar dalam akademi badminton milik keluarganya, Hashim Badminton Academy yang terdapat di Lembah Kalang dan juga di Kelantan akan mula menumpukan tumpuan sepenuhnya di SSBJ tahun hadapan.