Pelumba dari England, Lizzie Deignan mahu kejohanan berbasikal yang melibatkan pelumba wanita perlu diberi perhatian seperti hadiah wang tunai yang besar serta diberi liputan secara meluas terhadap mereka.

Lizzie menyuarakan pendapat beliau kerana melihat perlumbaan sebelum ini yang melibatkan pelumba wanita seperti tidak adil dari segi hadiah dan liputan yang diberikan.

Lizzie memberi contoh seperti perlumbaan Tour de Yorkshire pada 2016 yang menawarkan hadiah sebanyak £ 55,500 selain perlumbaan ini mendapat perhatian dari segi liputan sama seperti pelumba lelaki.

Untuk perlumbaan ‘Tour of Britain’ yang melibatkan pelumba wanita, hadiah kemenangan telah dinaikkan dua kali ganda menyemai hadiah kemenangan pelumba lelaki iaitu sebanyak 90,000 euro (£78,500).

Lizzie merupakan pemenang emas dalam kejohanan berbasikal dunia pada 2015 dan 2016 selain emas pada kejohanan Komanwel pada 2014 kini berehat seketika kerana sarat mengandung dan di jangka akan membuat kemunculan semula pada awal 2019.

Foto Kredit : cyclingweeekly(dot)co(dot)uk