Connect with:




Aaliyah Yoong Hanifah membuka lembaran tahun 2018 dengan cemerlang apabila disenaraikan sebagai pemain kedua terbaik acara tricks dan juga kelima keseluruhan dalam ranking dunia bawah 17 tahun dunia.

Atlet ski air negara kini persediaan menghadapi Kejohanan Remaja Dunia Bawah 17 Tahun pada Ogos ini di Madrid, Sepanyol.

Kejohanan ini merupakan penyertaan kali keempat sejak penampilan sulungnya pada tahun 2012 ketika umur masih sembilan tahun.

Ketua jurulatih negara, Hanifah Yoong Yin Fah berkata, buat julung kalinya atlet negara memperoleh kedudukan sedemikian dengan sebelum ini atlet yang berumur 14 tahun itu berada di ranking lima dunia dalam acara tricks dan tempat ke-12 keseluruhan.

Sementara itu, Aaliyah sudah diletakkan sasaran untuk memenangi gelaran di kejohanan itu pada edisi 2020 di Florida di mana dia bakal melakukan penampilan terakhir di kejohanan itu.

Dua lagi atlet ski air negara, Adam Yoong Hanifah, 10, dan juga Aideen Yoong Hanifah, 12, juga buat kali pertamanya menempatkan diri dalam 50 kelompok terbaik dunia bawah 17 tahun.

Hanifah berkata Adam berada di ranking 41 dunia sementara Aideen di rangking 47 dunia.

“Bagi kategori lelaki, saingan adalah lebih sengit. Pencapaian mereka berdua di kelompok 50 bawah 17 tahun dunia ini juga satu pencapaian yang baik untuk atlet negara,” katanya.

Adam dan Aideen juga buat julung kalinya akan menyertai Kejohanan Remaja Dunia di Madrid sebagai pendedahan kepada mereka.

Sumber : Harian Metro

Foto Kredit : Facebook (Aaliyah Yoong Hanifah)