Connect with:




Perhatian kepada semua peminat sukan automotif di luar sana, inilah peluang keemasan anda untuk memenangi sebuah kereta premium Audi A3 1.4TFSI pada Karnival Permotoron dan Automotif, MotoNation di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dengan kerjasama Procara Entertainment Sdn. Bhd, dengan Perbadan Putrajaya, MotoNation akan dianjurkan selama 3 hari, bermula dari 1 hingga 3 Disember 2017.

Ditaja oleh Audi Setia Alam, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang edisi A3 yang sangat istimewa, dengan aksesori dalaman putih dan merah bagi melengkapinya sebagai Audi A3 “Edisi MotoNation”.

Selain daripada Audi A3 sebagai hadiah utama, terdapat juga Proton Iriz, motosikal, iPad dari Apple Inc, G-Shock dan lain-lain untuk dimenangi.

Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada RM350, 000 hadiah hebat untuk para pengunjung di Motonation 2017 termasuk juga cabutan bertuah mini dan trivia mini dari semasa ke semasa di pelbagai lokasi di PICC.

Galeri Kereta Meet & Greet juga akan diadakan di tempat letak kereta aras bawah tanah sepanjang 3 hari dengan berbilang sesi.

Kepada yang berminat, anda boleh kunjungi laman web mereka, www.motonation.com.my untuk membeli tiket.

 

HARGA TIKET ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

PAKEJ A

PAKEJ B PAKEJ C PAKEJ D

3 Hari (Dewasa)

3 Hari (Kanak-Kanak) 1 Hari (Dewasa)

1 Hari (Kanak-Kanak)

RM 30 RM 20 RM 15

Rm 10

 

 

Foto Kredit: Facebook (MotoNation)