Guliyev Raih Emas 200m

Atlet Turki, Ramil Guliyev berjaya meleburkan usaha Wayde van Niekerk dengan menewaskan pelari Afrika Selatan itu bagi merebut kejuaraan dunia 200 meter.

Catatan ini sekali gus menyebabkan Van Niekerk terpaksa melupakan hasratnya untuk melakar kemenangan berganda 200/400m buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.

Guliyev yang merupakan anak kelahiran Azerbaijan itu dibenarkan bertanding dan mencatat 20.09 saat pada dua tahun yang lalu untuk memberikan Turki pingat emas sulung pada Kejohanan Olahraga Dunia.

Van Niekerk menambah pingat perak kepada emas 400m yang dimenanginya Selasa lalu apabila gagal mengejar Guliyev di penamat.

Bagi pingat gangsa diraih oleh Jereem Richards dari Trinidad and Tobago menerusi penamat ‘photo finish’ di belakang bintang Afrika Selatan itu.

“Ia bukannya kejutan,” tegas Guliyev.

“Saya mahu menang dan tahun ini saya fikir ia boleh dilakukan dan akhirnya saya berjaya. Saya percaya dengan diri sendiri.”

Manakala bagi Van Niekerk minggu ini merupakan satu minggu yang sukar baginya.

“Saya berasa sudah bekerja keras malam ini dan memberikan segala-galanya. Saya sudah buktikan beberapa kali dan berhak dengan apa yang saya capai.

“Ramai juga yang tidak fikir saya berhak dengan semua ini. Saya bekerja keras seperti atlet lain. Saya tidak fikir saya dihormati selepas kejayaan 400m tapi ia hanya satu permulaan dan saya akan mempamerkan penguasaan saya selepas ini.”

Foto Kredit: Website Europe