Connect with:




Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menegaskan dirinya tidak gentar meskipun bakal menghadapi tentangan sengit di kubu kuat The Reds, Anfield, menjelang pertembungan dua pendahulu Liga Perdana Inggeris itu, Ahad depan.

Pertembungan ini berpotensi untuk berlakunya perubahan di puncak liga dimana pada ketika ini kedua-dua pasukan berkongsi 19 mata namun The Citizen yang mempunyai kelebihan dari segi jaringan berada di puncak liga mengatasi skuad bimbingan Jurgen Klopp.

“Saya percaya kepada semua pemain dan pasukan ini, saya tahu bagaimana anak-anak buah saya akan berjuang nanti. Sudah lama semenjak kali terakhir City berjaya meraih kemenangan di Anfield dan secara jujurnya saya mengimpikan itu.

“Kami akan berhadapan Hoffenheim terlebih dahulu di Liga Juara-Juara Selasa nanti dan baru kami akan persiapkan diri untuk Liverpool, seterusnya kami akan berjumpa Burnley pula kemudian kita tengok apa akan jadi seterusnya,” kata bekas pengendali Barcelona itu.

Kunjungan Guardiola dan anak-anak buahnya ke Anfield musim lalu adalah detik memalukan buat mereka apabila ditundukkan dengan keputusan 3-0 dan seterusnya disingkirkan dari saingan Liga Juara-Juara.

Guardiola menegaskan meskipun tiada rasa gentar namun kunjungan beliau ke Anfield bukan membawa misi membalas dendam namun hanya ingin memastikan City kekal hidup dan bersaing.

“Kami tidak membawa misi balas dendam, saya cuma mengingatkan pemain pergi kesana dengan misi mahu memastikan kami kekal bersaing untuk gelaran liga dan jangan gusarkan kekebalan Anfield,” ujarnya lagi.