Connect with:




Pengurus Manchester City, Pep Guardiola digantung dua perlawanan Liga Juara-Juara oleh Uefa kerana kelakuannya ketika tewas kepada Liverpool.

Pengendali berusia 47 tahun itu diarah meninggalkan padang pada suku akhir kedua di Stadium Etihad 10 April lalu kerana mengkritik keputusan pengadil.

Dia bakal terlepas satu perlawanan musim depan, manakala perlawanan kedua ditangguhkan selama setahun.

Sementara itu, Liverpool didenda 30,000 Euro ekoran aksi ganas penontonnya pada perlawanan suku akhir dan separuh akhir.

Bekas pengendali Barcelona itu menegaskan bahawa dia ‘tidak menghina’ pengadil Mateu Lahoz ketika memprotes gol yang tidak dikira.

Ketika itu Manchester City sedang mendahului 1-0 – untuk mengejar agregat 3-1 – apabila Leroy Sane didakwa berada dalam kedudukan offside walaupun bola sebelum itu terkena kaki pemain Liverpool, James Milner.

Liverpool memenangi perlawanan berkenaan 2-1 dengan agregat 5-2 namun kalah di tangan Real Madrid 3-1 pada perlawanan akhir.

Guardiola akan terlepas perlawanan pertama Liga Juara-Juara musim depan, walaupun perlawanan kedua hanya akan ditambah jika dia menerima tindakan disiplin untuk musim depan.

Liverpool pula dikenakan denda sebanyak $20,000 kerana peminat mereka membuat kecoh, merosakkan harta benda dan membaling objek pada perlawanan pertama menentang City di Anfield 4 April lalu.

Sebelum itu penyokong The Reds juga bertindak menyerang bas yang membawa pasukan City dalam perjalanan ke stadium.

Ketika perlawanan menentang AS Roma, peminat Liverpool bertindak dengan menyalakan bunga api dan melemparkan objek  menyebabkan Liverpool didenda 6,000 euro dan 3,000.

Foto Kredit : zeenews(dot)india(dot)com