Connect with:




Pengurus Manchester City, Pep Guardiola akan berhenti memakai reben protes kuning sekiranya pegawai kelab terkemuka Liga itu meminta dia untuk menanggalkannya atau jika ianya menjejaskan pembentukan pasukan.

Persatuan Bola Sepak (FA) telah mendakwa Guardiola yang memakai reben semasa perlawanan liga dan domestik dan pengurus yang berusia 47 tahun itu mempunyai masa sehingga hari Isnin untuk memberikan respon.

Riben yang dipakai sebagai tanda protes terhadap pemenjaraan ahli politik pro-kemerdekaan di “Native Catalonia” itu jugak disifatkan sebagai melanggar peraturan pengiklanan FA.

“Pendapat peribadi saya bukan pendapat politik. Apabila lelaki dan wanita memakai reben merah (merah jambu), ia adalah kerana sokongan untuk inisiatif kanser payudara.

“Sama seperti ketika saya memakai lencana kanser prostat. Idea yang sama. Sudah tentu, saya tidak mahu merosakkan pasukan atau kelab saya.” Kata Guardiola kepada pemberita

Sementara itu, Guardiola bakal dikenakan tuduhan selanjutnya apabila reben itu dipamerkan semula semasa kemenangan akhir Piala Liga ke atas Arsenal pada Ahad lepas.

Penyerang Sergio Aguero membuka jaringan pada kemenangan 3-0 di Wembley sekaligus ini adalah jaringan beliau yang ke 30 dalam 35 penampilan di semua perlawanan musim ini. Guardiola memuji pemain Argentina itu sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia.

“Satu pengiktirafan yang sangat diperlukan oleh pemain dan dia memilikinya,” kata Guardiola.

“Dia adalah salah seorang penyerang terbaik yang pernah saya ada dan yang terbaik di dunia.”

City melangkah ke Emirates untuk menghadapi Arsenal buat kali kedua dalam tempoh kurang daripada seminggu iaitu pada hari Khamis.- Reuters

Foto Kredit: Sports Review