Connect with:




Penyerang sensasi Atletico Madrid, Antoine Griezmann menyifatkan tidak akan menyesal untuk kekal di Kelab yang bermain untuk Liga Sepanyol ini walaupun berdepan dengan permulaan musim yang sukar hingga dicemuh penyokong sendiri.

 

Pemain kebangsaan Perancis ini juga pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, tetapi dengan kesetiaan yang beliau ada, dia kekal untuk bersama Atletico Madrid.

 

Skuad kendalian Diego Simeone, pasukan yang layak ke final pada 2014 dan 2016 serta ke separuh akhir musim lalu, berdepan AS Roma awal pagi Khamis ini dan nasib mereka untuk layak ke kelompok 16 pasukan terakhir kini hanya bergantung pada diri sendiri.

 

Pemain Perancis itu mengalami kempen permulaan musim paling buruk setakat ini bersama Atletico, yang kini berkedudukan keempat dan 10 mata di belakang pendahulu Barcelona selain hampir terkeluar paling awal daripada Liga Juara-Juara sejak 2009.

 

Foto Kredit: mirror.co