Connect with:




Aksi cemerlang dipamerkan oleh Antoine Griezmann apabila dia membantu pasukannya dan menjaringkan satu gol seterusnya meletakkan Atletico Madrid menang mudah 3-0 ke atas Celta Vigo dalam aksi La Liga awal pagi tadi.

Tirai jaringan babak pertama disudahkan oleh Griezmann sekaligus ini adalah gol ke-11 buatnya dalam sembilan perlawanan terakhir.

Bintang Perancis itu, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada musim panas akan datang, kemudian melorongkan bola kepada Vitolo untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum Angel Correa, yang tampil sebagai pemain gantian, melengkapkan tiga mata buat pasukan kendalian Diego Simeone.

Selepas kecundang 0-1 di Barcelona tempoh hari, ia merupakan kemenangan ketujuh dalam lapan aksi La Liga buat Atletico.

“Kita belum puas lagi. Kita belum boleh cakap mengenainya. Keinginan saya adalah untuk mempunyai peluang ketika berbaki lima perlawanan,” kata Simone apabila ditanya tentang pasukannya muncul juara.

Susulan itu, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liga Barca, namun juara 2014 itu berada di tangga kedua dengan tujuh mata di depan pasukan tangga ketiga iaitu Real Madrid. Manakala Celta di tangga kesembilan, dengan berbaki 10 perlawanan.

Kelincahan yang ditunjukkan oleh Griezman menghasilkan gol seminit sebelum rehat selepas dia menggasak sepakan sudut terus menggelecek bola berdekatan palang gol untuk memperdayakan pertahanan Celta.
Pada minit ke-56, hasil umpanan dia dia melakukan hantaran kepada Vitolo sebelum Vitolo menyudahkan sepakan gol ke gawang Celta dengan mudah.

Correa tampil menggantikan Vitolo dan meledak gol empat minit kemudian, menyudahkannya dengan rembatan leret selepas percubaan awalnya dihalang. – AFP

Foto Kredit: Botswana Youth