Antoine Griezmann berjaya menamatkan kemarau jaringannya apabila berjaya melakukan satu sepakan gunting selepas berjaya membenam Roma 2-0, sementara itu mereka berjaya membuka peluang untuk mara ke kelompok 16 terbaik Liga Juara-juara.

 

Griezmann dilihat berjaya menjaringkan gol selepas sembilan perlawanan tanpa jaringan menerusi pembukaan jaringan pada minit ke-69 sebelum muncul sebagai penghantar bagi jaringan Kevin Gameiro.

 

Sekalipun peluang sudah terbuka buat mereka, Atletico berhadapan situasi yang getir apabila berkunjung ke Stamford Bridge bagi aksi menentang Chelsea yang juga sebagai pendahulu kumpulan C.

 

Walaubagaimanapun, Atletico masih mengharapkan supaya Qarabag berjaya mengatasi AS Roma untuk mereka mara ke kelompok 16 pasukan terbaik.

 

Foto Kredit: Daily Mirror