Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezman telah melanjutkan kontraknya lima tahun sehingga Jun 2022.

Spekulasi bintang Perancis itu terjawab selepas dilaporkan mahu kekal di kelab gergasi Sepanyol baru-baru ini.

Pemain 26 tahun itu memberi kenyataan bahawa dia berasa selesa dengan rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan.

Griezman memulakan karier di Atletico selepas berpindah dari Real Sociedad pada tahun 2014.

Kini Griezmann sudah menjaringkan 83 gol dalam 160 perlawanan bersama Atletico dan membantu mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara pada 2016.

Pengarah Sukan Atletico, Jose Luis Perez Caminero gembira memdapat berita lanjutan kontrak dari salah seorang pemain terbaik dunia.

“Griezman adalah seorang pemain lengkap, kehadirannya di padang mampu membawa perubahan jaringan serta memperoleh mutu permainan yang cantik.” Katanya.