Connect with:




Atlet lompat jauh Great Britain, Greg Rutherford akan buat penambilan semula di kejohanan Grand Prix Indoor pada 25 Februari ini di Emirates Arena.

Beliau yang berehat panjang akibat kecederaan yakin mampu memberi persaingan kepada atlet lain meskipun agak lama beliau tidak menyertai mana-mana kejohanan.

Pemenang emas Olimpik London 2012 dan gangsa Olimpik Rio de Janeiro ini sememangnya cukup sinonim dalam acara kegemaran beliau kerana setiap kali kejohanan yang disertai olehnya, pasti akan mencapai kejayaan.

Rutherford yang merupakan atlet berusia 31 tahun itu terlepas untuk menwakili negaranya dalam kejohanan kejuaraan dunia tahun lepas selepas beliau mengalami kecederaan ‘ankle’.

Antara kejuaraan yang pernah di menangi Rutherford adalah kejohanan dunia 2015, kejohanan Eropah 2014, 2016 dan Kejohanan Komanwel 2014.

Untuk kemunculan pertama nanti pasti akan menjadi tumpuan para atlet dan media apakah beliau akan mampu mengekalkan prestasi terbaik atau sebaliknya.

Foto Kredit : capitaldom(dot)com