Connect with:




Skuad hoki lelaki kebangsaan akan
berdepan Great Britain bagi Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 susulan majlis undian yang berlangsung di ibu pejabat Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Lausanne, Switzerland pada Isnin.

Majlis undian berkenaan turut disaksikan secara langsung oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Sri Subahan Kamal serta Timbalan Presiden KHM, Prof. Dato Dr Shamala Subramaniam di ibu pejabat KHM bersama Jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Roelant Oltmans.

Dua perlawanan kelayakan ini dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 November depan dengan Lee Valley Hockey & Tennis Centre, London menjadi tuan rumah kepada aksi berkenaan.