Andre De Grasse pelari pecut Kanada terus memberikan tekanan kepada pencabar utamanya Usain Bolt.

Andre berkata, dia tidak sabar menanti hari di mana dia dapat merampas kedudukan Bolt sebagai raja pecut dunia.

Bolt yang telah memenangi lapan pingat emas di Sukan Olimpik telah membuat penampilan musim pertamanya di Czech Spike di Ostrava dan bakal bersara Ogos ini ketika Kejohanan Dunia di London.

Grasse telah meraih kemenangan dalam acara 200 meter(m) di Diamond League dengan catatan masa 20.01 saat skaligus mengalahkan pelari dari Perancis Christophe Lemaitre (20.29s) dan juga pelari Amerika Syarikat, Ameer Webb (20.33s).

Andre De Grasse telah mencipta sejarah di Sukan Olimpik Rio pada tahun lalu setelah muncul sebagai pelari pecut yang pertama meraih tiga pingat dalam satu temasya Olimpik, iaitu perak acara 200m, dan gangsa acara 100m serta 4x00m berganti-ganti. –AFP