Connect with:




Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meraih Anugerah Grand Prix Terbaik buat kali kedua penganjuran sukan permotoran bertaraf antarabangsa di Malaysia.

Sebelum ini SIC telah menerima penghargaan yang sama dinilai oleh Suruhanjaya Grand Prix yang disertai Dorna Sports SL, Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) dan IRTA pada tahun 2012.

Terdapat 18 sirkit yang terpilih dan SIC menjadi yang terbaik menewaskan sirkir yang lain.

GP Malaysia 2017 menunjukkan peningkatan dalam jumlah kehadiran penonton dan sepanjang tiga hari perlumbaan, seramai 166,486 penonton hadir ke Sepang.

Jumlah itu secara tidak langsung menyaksikan peningkatan ketara berbanding 161,533 kehadiran penonton tahun lalu.

Beberapa fakta menarik tentang Litar Antarabangsa Sepang (SIC) :

  • 1999 Debut Formula 1 di Sepang.
  • Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Idea untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 dicetuskan oleh beliau sendiri pada tahun 1996 dan akhirnya membawa kepada pembinaan Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC).
  • Kos belanja untuk SIC sebanyak RM286 juta.
  • Perlumbaan Formula 1 pertama mengambil tempat pada tahun berikutnya dan pemenang edisi pertama ialah pelumba dari Britain iaitu Eddie Irvine.
  • Tahun 2002 menyaksikan anak watan , Alexander Charles Yoong atau Alex Yoong melakukan debut perlumbaan F1 untuk Pasukan Minardi namun tidak dapat menamatkan perlumbaan akibat daripada perlanggaran dengan Eddie Irvine.
  • Fernando Alonso duduki podium F1 buat julung kali dan terus menjadi pendahulu pada 2003.
  • Alonso mendapat penghormatan untuk meraih kemenangan dari kedudukan paling bawah selepas bermula di petak kelapan tetapi meraih kejayaan pada 2012 mewakili Ferrari.
  • Pelumba dari Jerman iaitu Sebastian Vettel dengan kejuaraan sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 2010,2011,2013,2015.
  • Fernando Alonso dan Michael Schumacher masing masing dengan 3 kejuaraan.
  • Alonso dan Sebastian Vettel merupakan pemandu yang paling banyak raih kemenangan di Sepang, dengan masing-masing mencatat tiga kejuaraan.

Foto Kredit : Sepangcircuit.com