Connect with:




Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali mengesahkan penjualan tiket melonjak sebanyak 11 peratus sekali gus melepasi angka dikutip pada masa sama tahun lalu.

Hal ini secara tidak langsung mampu memadamkan rekod sebelum ini dimana GP Malaysia yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini menyaksikan pelumba Malaysia bersaing dalam semua kelas selain buat kali pertamanya, Hafizh Syahrin Abdullah beraksi dalam kategori kelas perdana bersama Monster Yamaha Tech3 musim ini.

Malahan, beliau turut menjangkakan lebih 100,000 penyokong akan turun ke SIC pada hari perlumbaan bagi memberikan sokongan jitu buat para pelumba.

“Salah satu sebab kami mampu mengekalkan populariti acara ini adalah kerana pelumba tempatan kita beraksi di Kejuaraan Dunia seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin.

“Grandstand utama habis dijual pada Jun manakala Gransdstand F habisu dijual pada Mac lalu.

“Angka terbaru setakat 25 Oktober, hampir 90, 000 tiket sudah pun dijual. Satu lagi rekod dapat dipecah pada tahun ini iaitu daripada aspek kehadiran dengan lebih 100,00 penonton kami jangkakan akan hadir,” ujar Razlan.

Pada tahun lalu, ia menyaksikan seramai 97,457 penyokong hadir pada hari perlumbaan dengan jumlah keseluruhan adalah 166,484 sepanjang tiga hari meskipun pelumba beraksi dalam keadaan litar basah.

PETRONAS Sprinta Racing juga mempunyai wakil dalam kelas Moto3 yang menyaksikan Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki dari Jepun menjadi taruhan mereka.

Dalam perkembangan yang lain, tiket di bahagian Hillstand masih boleh dibeli.

Foto: GP Malaysia