Connect with:




Bermula dengan hanya dibarisi dikalangan keluarga dan rakan-rakan, kelab bola keranjang GoStrong (GoStrong) Basketball Club kini mempunyai lebih 90 ahli dalam kelab termasuk dari kalangan wanita.

Bertitik tolak berjaya mara ke separuh akhir National Community Basketball League (NCBL) Divisyen 3 2013, pengendali dan pemain kelab Muhamad Izzat bin Nasruddin tidak mahu lagi memandang kebelakang apabila mengorak langkah dengan merekrut beberapa pemain utama untuk menguatkan pasukan yang terdiri dari bekas pemain kebangsaan dan liga-liga tempatan.

Mereka mula mencipta nama dalam NCBL edisi seterusnya dengan menjuarai Divisyen 3 & 2 dan terkini menjadi johan Divisyen 1 musim 2018.

Setiap minggu latihan diadakan di The Sport Barn, Petaling Jata pada hujung minggu bagi memberikan pendedahan ‘game-time’ kepada pemain-pemainnya bagi menghadapi perlawanan sebenar. Selain itu, Izzat juga mengendalikan klinik-klinik khas untuk mereka yang mahu menceburi sukan bola keranjang dari peringkat awal. Dari sini, dia juga menilai keupayaan seseorang pemain itu untuk diserap masuk ke pasukan utama.

“Program kami banyak melibatkan pelbagai tahap kecerdasan, dimana kami juga manganjurkan klinik yang spesifik seperti ‘klinik lontaran tepat, klinik kendalian pemain profesional / bekas pemain negara’, dan juga ‘klinik beginner’ dimana sesuai bagi semua usia yang ingin mempelajari sukan bola keranjang dengan lebih dekat,” katanya.

Hasil latihan sebegini, GoStrong berjaya mengecapi kejayaan membanggakan seperti menjadi juara untuk Disiyen 4 NCBL (2017&2018), Juara Divisyen 3 (2014), Juara Divisyen 2 (2015), Naib Juara Divisyen 1 (2017) dan Juara Divisyen 1 (2018). Selain itu mereka juga pernah menyertai kejohanan Urban League 2017 anjuran Persatuan Bola Keranjang Kuala Lumpur.

Menurut Izzat lagi, kelab ini mempunyai motto pasukannya tersendiri iaitu rajin, percaya, berani dan setiakawan (Hardwork, Trust, Fearless, Loyalty). Dari motto inilah pasukan ini memfokuskan kepada pembangunan bakat, meningkatkan kualiti pemain dan atlet, dari semua peringkat (dari awal, hingga ke peringkat professional).

__________________________________________________________________________

Baca artikel penuh mengenai Go Strong di e-majalah Dunia Sukan edisi 69 secara percuma. Muat turun e-majalah Dunia Sukan di laman web atau di applikasi pintar Dunia Sukan (Klik sini untuk Google Play & klik sini untuk App Store).