Connect with:




Untuk mereka yang berminat dengan aktiviti lasak atau ekstrem, kini anda berpeluang mendapatkan kamera GoPro bagi merakamkan kenangan terindah bersama rakan atau keluarga.

Untuk pengetahuan anda, Funsports Sdn Bhd adalah pengeksport dan pengedar ekslusif GoPro dari Amerika Syarikat dengan kerjasama Thunder Match echnology Sdn Bhd.

“Pembukaan konsep GoPro kedua di Malaysia adalah usaha kami untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman GoPro yang unik dan kami akan menyediakan servis dan pengalaman menggunakan produk ketika mereka melawat kedai GoPro Di Mild valley”, kata Encik Khoo Boo Hian, Pengarah Urusan Funsportz Sdn Bhd.

Apa yang menarik di kedai GoPro ini adalah kakitangan mereka yang berkelayakan akan mengajar anda mengenai produk GoPro sambil memberi tunjuk ajar tentang cara untuk menangkap gambar atau membuat video agar ia nampak lebih menarik.
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kamera GoPro dan aksesori GoPro di kedai ini. Jadi tunggu apa lagi, kepada peminat kamera GoPro, ini masanya anda memiliki barangan GoPro dan jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kedai ini.


Bagi yang masih samar-samar mengenai lokasi kedai ini, kami tampilkan kepada anda alamat lebih lengkap seperti berikut, S-098, Tingkat Kedua, Mid Valley Megamall, 1, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jadi ayuh beramai-ramai ke kedai GoPro untuk melihat sendiri barangan yang terbaik dan sesuai untuk mereka yg suka melakukan aktiviti lasak dan travel ke tempat yang menarik.