Connect with:




[AFP]

SYDNEY: Golf Piala Dunia bakal diadakan buat kali ketiga berturut-turut di Melbourne pada 2018.

Saingan akan bermula 21-25 November bagi edisi ke-59 dan bakal menyaksikan 28 pasangan pemain mewakili negara mereka memulakan saingan di Kelab Metropolitan.

Golf Piala Dunia merupakan acara tunggal selain Olimpik menyaksikan pemain beraksi untuk negara mereka.

Denmark akan mempertahankan gelaran mereka selepas Soren Kjeldsen dan Thorbjorn Olesen membuktikan gabungan sempurna pemain muda dan berpengalaman mampu mencipta kejutan pada 2016.

Pemain ranking tertinggi setiap negara boleh memilih rakan sepasukan memasing.

Berikut merupakan senarai 5 pemain terbaik sepanjang masa dalam arena golf dunia :

1. Jack Nicklaus
Kemenangan: 18 (1963, 1965, 1966, 1972, 1975 & 1986 Masters; 1962, 1967, 1972 & 1980 Terbuka U.S; 1966, 1970 & 1978 Kejohanan Terbuka; 1963, 1971, 1973, 1975 & 1980 Kejohanan PGA)
Menang Jelajah PGA: 73 (Ketiga Terbaik Sepanjang Masa)

2. Tiger Woods
Kemenangan: 14 (1997, 2001, 2002 & 2005 Masters; 2000, 2002 & 2008 Terbuka U.S ; 2000, 2005 & 2006 Kejohanan Terbuka ; 1999, 2000, 2006 & 2007 Kejohanan PGA)
Menang Jelajah PGA: 79 (Kedua Terbaik Sepanjang Masa)

3. Bobby Jones
Kemenangan: 13 (1923, 1926, 1929 & 1930 Terbuka U.S; 1926, 1927 & 1930 Kejohanan Terbuka ; 1924, 1925, 1927, 1928 & 1930 Amatur U.S; 1930 Amatur British)
Menang Jelajah PGA: 9

4. Ben Hogan
Kemenangan: 9 (1951 & 1953 Masters; 1948, 1950, 1951 & 1953 Terbuka U.S; 1953 Kejohanan Terbuka; 1946 & 1948 Kejohanan PGA )
Menang Jelajah PGA: 64 (Ke-empat Terbaik Sepanjang Masa)

5. Arnold Palmer
Kemenangan: 7 (1958, 1960, 1962 & 1964 Masters; 1960 Terbuka U.S; 1961 & 1962 Kejohanan Terbuka)
Menang Jelajah PGA: 62 (Ke-lima Terbaik Sepanjang Masa)

 

Foto kredit : Facebook (PGA Tour)