Pemain tengah dari Brazil, Paulo Josue Sturmer, nyata gembira setelah membantu pasukannya Kuala Lumpur membenam cabaran juara bertahan Unifi Liga Super, Johor Darul Takzim di Stadium Cheras, Kuala Lumpur semalam.

“Kemenangan ini pasti memberikan suntikan semangat buat pasukan untuk perlawanan seterusnya kerana pasukan yang kami tentang ini merupakan juara bertahan musim lalu didalam liga,” ujar pemain berkaki kiri yang menjaringkan 6 gol dalam 10 penampilan buat Skuad Warga Kota musim lepas.

Barisan kesebelasan utama KL

“Pasukan lawan mengawal hampir keseluruhan perlawanan namun dalam bola sepak hanya satu peluang diperlukan untuk menjaringkan gol dan dimanfaatkan sebaik mungkin,” tambah beliau.

Kesebelasan utama JDT

Gol kemenangan pasukan KL hadir pada penghujung babak pertama hasil lorongan cantik Junior Apprecido kepada Paulo Josue yang mudah menyudahkannya untuk menewaskan penjaga gol JDT, Haziq Nadzli.

Namun, perlawanan terhenti pada babak kedua akibat masalah hujan lebat dan padang bertakung menyebabkan ianya ditangguhkan pada hari Ahad dengan baki 34 minit perlawanan.

Dengan kemenangan ini KL mengumpul 3 mata pertama untuk keluar daripada zon penyingkiran setelah 3 perlawanan liga berlangsung. Mereka akan bertemu PKNP FC untuk perlawanan seterusnya pada 25 Februari.