Connect with:




Gol half-volley dari Benjamin Pavard ketika menentang Argentina dinobat sebagai gol terbaik kejohanan Piala Dunia Rusia 2018 kali ini hasil daripada undian peminat seluruh dunia.

FIFA mengumumkan keputusan itu semalam apabila jaringan pemain VFB Stuttgart itu telah menewaskan Juan Quintero dari Colombia melalui undian hampir 3 juta pengguna di laman web FIFA.com.

Pavard menjaringkan gol itu untuk menjadikan kedudukan 2-2 sebelum Perancis menjaringkan 2 gol lagi untuk menewaskan Argentina 4-3 seterusnya layak ke separuh akhir kejohanan itu.

Sebanyak 169 gol terhasil dari 64 perlawanan sepanjang kempen Piala Dunia 2018 kali ini dan gol terbaik akan merangkul anugerah Hyundai Goal Of The Tournament.

Anda boleh menonton gol tersebut melalui pautan >>> https://www.fifa.com/worldcup/news/pavard-s-stunner-voted-hyundai-goal-of-the-tournament?_branch_match_id=538877383217744647