Dua penyerang Juventus, Douglas Costa dan Mario Mandzukic memastikan kemenangan emihak mereka dengan menyumbat jaringan gol 2-0 ketika menentang Torino dalam Piala Itali, awal pagi tadi.

 

Gawang Torino dihukum oleh Costa seawal minit ke-15 manakala pada minit ke-69 gawang Torino sekali lagi dihukum dengan jaringan kontroversi dari pemain Croatia, Mandzukic yang cuba dibantah oleh pemain Torino menerusi VAR tidak membuahkan hasil.

 

Untuk pertemuan seterusnya, mereka dijadualkan akan bertemu Atalanta yang Berjaya menyingkirkan pendahulu Liga Itali, Napoli 2-1 untuk menempah tempat ke pusingan terakhir.

 

Pasukan yang menang akan menempah kelayakan automatik ke peringkat kumpulan Liga Europa.

 

Pengemudi Juventus, Massimiliano Allegri tidak memandang mudah akan perlawanan menentang Atalanta kerana baginya emua pasukan menunjukkan aksi yang baik sepanjang Piala Itali berlangsung.

 

Foto: thescore