Jika 20 tahun lalu Roberto Carlos menjaringkan gol sepakan percuma lencong paling ikonik sepanjang zaman, tahun ini beliau telah mengiktiraf gol anak Malaysia iaitu Faiz Subri ketika Upacara Anugerah Ballon D’or 2016.

 

‘’Ianya gol yang cukup menakjubkan, ’’ ujar Carlos kepada Faiz ketika bertemunya secara bersemuka di majlis yang bertempat di Zurich pada awal tahun ini.

 

Pengiktirafan ini memberi kenangan yang cukup manis buat penyerang Pulau Pinang itu selain dapat bertemu dengan lagenda dan bintang bolasepak dunia seperti Sir Alex Fergurson, Cristiano Ronaldo dan Ronaldo Nazario.

 

Faiz merangkul anugerah gol tercantik dunia bagi tahun 2016 setelah mengatasi 9 lagi pencabar lain antaranya yang terdiri daripada Lionel Messi, Neymar Junior, Marlone dan Daniuska Rodriguez.

 

Pada Februari 2016, Faiz Subri telah menjaringkan gol sepakan percuma yang cantik untuk Pulau Pinang menewaskan Pahang dalam perlawanan Liga Super ketika itu sekaligus tercalon untuk Anugerah Puskas bagi tahun yang sama.

Foto kredit: Asiana.My