Connect with:




Pemain beregu lelaki negara memulakan aksi yang cemerlang di Kejohanan ALL-England yang baru berlangsung di Birmingham, semalam.

Pemegang pingat perak Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong telah menewaskan pemain kelima dari Jepun iaitu, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-13, 21-17 sekaligus mara ke pusingan kedua di Arena Birmingham.

Dalam pada itu, hal ini merupakan detik istimewa buat rakyat Malaysia selepas kalah kepada Jepun semasa kejohanan Piala Sudirman pada 2017 (dalam kumpulan dan suku akhir).

Dalam pusingan kedua V Shem-Wee Kiong akan berdepan dengan Marcus Ellis-Chris Langridge dari England dalam pusingan kedua.

Sementara itu, juara bertahan, Lee Chong Wei mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baru ketika mengambil masa 37 minit mengalahkan Ygor Coelho dari Brazil 21-15, 21-17.

Dia akan berdepan dengan Lee Dong-keun dari Korea Selatan, yang mengejutkan semua orang dengan mengalahkan Jan O Jorgensen dari Denmark 13-21, 21-10, 21-17.

Bagi beregu campuran negara pula, Goh Soon Huat-Shevon Lai telah tewas 14-21, 15-21 kepada Chris Adcock-Gabrielle Adcock dari England.

Sehubungan itu, Jin Wei melangkah mudah ke pusingan kedua setelah He Bingjiao mengalami kecederaan pergelangan tangan.

Foto Kredit: Stadium Astro