Connect with:




Pemain Beregu campuran negara, Goh Liu Ying semakin hampir untuk bersama semula dengan gandingannya Chan Peng Soon bermula Januari selepas dipisahkan hampir enam bulan.

 

Selepas sekian lama tidak digandingkan bersama, Peng Soon menyatakan bahawa dengan penyatuan semula gandingan mereka akan menyuntik sedikit sebanyak semangat untuk menghadapi kejohanan besar seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan dunia.

 

Kejohanan pertama untuk mereka hadapi adalah di Malaysia Masters yang dijangka berlangsung tahun depan.

 

Tetapi, kemana arah tuju badminton negara selepas ini ?

 

Berikut adalah arah tuju badminton Malaysia yang sudah dirangka oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM);

 

  1. Malaysia menjadi menjadi Top 3 dalam sukan badminton menjelang 2020.

 

  1. Membangunkan sukan badminton melalui program yang dianjurkan di sekolah-sekolah seluruh negara.

 

  1. Menjadi negara yang digeruni dalam sukan badminton.

 

  1. Memburu pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

 

Foto Kredit: BWF