Skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi tentangan hebat kepada Kelantan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih 2013 Sabtu ini, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata pemain pasukan The Gladiators termasuk dua pemain import
Marlon Alex James dan Bruno Martelotto sudah bersedia untuk menentang pemain Red Warriors.

Marlon Alex James meraikan gol kedua ATM bersama Bruno Martelotto

Aksi Marlon dan Bruno sekali lagi dtagih menjelang pertemuan menentang Kelantan.

 
“Saya minta semua anggota tentera yang tidak bertugas, ramai-ramai datang ke
Stadium Shah Alam Sabtu ini untuk memberi sokongan kepada pasukan ATM,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pos Ops Wawasan sempadan
Kelantan-Thailand di Rantau Panjang di sini, hari ini.

ATM menyertai kelompok elit Liga Super 2013 setelah menjuarai Liga Perdana
musim lepas di samping mencipta kejutan dengan hampir menjulang Piala Malaysia
setelah ditewaskan Kelantan 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional,
Bukit Jalil.

Zulkifeli berkata sejak ATM memperkukuhkan pasukan bola sepaknya, ia
menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan warga tentera terutama
sokongan untuk melihat pasukan itu memenangi sesuatu perlawanan. – BERNAMA.