Gimnastik Artistik Wanita Raih Emas Ke-24

Pasukan Gimnastik Artistik Wanita negara berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2017 dalam acara yang sama dimenangi 2 tahun lepas di Singapura yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur,semalam.

Pasukan wanita negara terdiri daripada Farah Ann Abdul Hadi, Nur Azirah Aziri, Tracy Eng, Tan Ing Yueh dan Nur Eli Ellina Azmi telah berjaya mengumpul 200.95 mata meninggalkan pencabar terdekat iaitu SIngapura dengan 190.050 mata.

Pingat gangsa telah diperoleh oleh pasukan Indonesia dengan pungutan mata 186.850 mata.

Sebanyak 6 pasukan telah menyertai acara gimnastik artistik wanita pada tahun ini dan telah menjalani pertandingan dalam 3 sesi pada waktu petang dan malam.

Hari ini bakal berlangsung acara gimnastik artistik bagi ketegori individu lelaki dan wanita di Dewan 10, Mitec.