Bekas pemain pasukan Kelantan FA, Mohammed Ghaddar dipilih sebagai penerima anugerah pemain terbaik bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)-asiana.my bagi bulan April 2017.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Presiden PFA Malaysia Rezal Zambery Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia Izham Ismail pada satu majis ringkas yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya hari ini. Turut hadir, wakil dari barisan penaja yang terdiri dari 139associates, MVP Sports Agency, Kobert, Ideasia dan Adeqsue.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my).Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM – Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Ghaddar menerima undian tertinggi sebanyak 55.45% (6,560 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Safiq Rahim dari Johor DT (32.25% – 3,815 Undi)Hafiz Kamal dari Perak FA (5.06% – 599 Undi)Matheus Alves dari Pahang FA (3.77% – 446 Undi) dan Norhakim Hasan dari T-Team FC (3.47% – 410 Undi).

Ghaddar menerima wang tunai berjumlah RM1,500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia, baucer barangan sukan bernilai RM500 sumbangan Kobert dan gambar pemain beserta bingkai sumbangan Asiana.my

Para pengundi membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my dan juga www.asiana.my