Connect with:




Kelab Sepanyol, Sevilla telah mengesahkan bahawa jurulatih, Eduardo Berizzo menghidap kanser prostat selepas kebangkitan menakjubkan mereka menentang Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara, kelmarin.

Dikatakan bahawa Berizzo itu sakit, dengan para pemain yang hanya mendapat tahu selepas kemenangan 2-1 ke atas Celta Vigo, 18 November lalu.

Dengan kelab La Liga mengesahkan melalui kenyataan rasmi: “Pasukan perubatan Sevilla FC mengesahkan bahawa jurulatih pasukan senior, Eduardo Berizzo telah didiagnosis dengan kanser prostat.

“Sevilla FC akan memberikan sokongan penuh dan berharap dia akan pulih dengan cepat.”

Berizzo menikmati karier pemain bola yang melihatnya bermain untuk Newell’s Old Boys, Atlas dan River Plate sebelum berhijarah ke Eropah, di mana dia bermain untuk Marseille lalu menamatkan zaman bermain di Sepanyol bersama Celta dan Cadiz.

 

Foto Kredit: Alchetron