Connect with:




Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard berada dalam senarai pendek untuk menjadi pengurus baru Rangers.

Pemain berusia 37 tahun itu yang kini menjawat jawatan sebagai jurulatih akademi Liverpool menjadi pilihan untuk menggantikan Graeme Murty.

Murty yang diletakkan sebagai pengurus sementara sehingga penghujung musim berikutan pemecatan Pedro Caixinha pada Oktober lalu. Tetapi pihak pengurusan Rangers dikatakan tidak berminat untuk menawarkan jawatan tetap kepada Murty.

Gerrard yang bersara sebagai pemain pada tahun 2016 telah menyertai pertubuhan belia di Anfield selepas menolak tawaran untuk menjadi pengurus MK Dons.

Bekas pemain tengah England itu juga kelihatan pada perlawanan yang menyaksikan Rangers tumpas 3-2 di tangan Celtic.

Selepas itu pengerusi Rangers, Dave King turut berada di Anfield pada hari Selasa apabila Liverpool menewaskan AS Roma dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara Juara.

Rangers kini berada di tangga kedua Liga Scotland dengan hanya berbaki empat perlawanan sahaja lagi.

Foto Kredit : ibtimes(dot)co(dot)uk