Juara edisi 2016, Jerman gagal layak ke separuh akhir dalam Kejohanan Bola Baling Lelaki Eropah yang diadakan di Croatia.

Jerman sekadar berada di kedudukan ke-5 dalam kumpulan ll setelah mengumpul empat mata hasil satu kemenangan dan dua keputusan seri.

Sepanyol yang berada dalam kumpulan sama berjaya menewaskan Jerman 31-27 dan ini membolehkan mereka membalas dendam dua tahun lepas apabila tewas kepada Jerman dalam perlawanan akhir.

Empat pasukan berjaya menempah slot ke separuh akhir iaitu Francis yang akan menentang Sepanyol dan Denmark akan menentang Sweden untuk memburu slot ke perlawanan akhir yang akan diadakan pada 28 Januari 2018.

Format pertandingan dibahagikan kepada empat kumpulan A, B, C, dan D dan setiap kumpulan akan ada 4 pasukan.  Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan, tiga pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan bermain di peringkat kumpulan sekali lagi tetapi kali ini 3 pasukan dari kumpulan A dan B di gabungkan dalam kumpulan I.

Manakala 3 pasukan dari kumpulan C dan D pula akan diletakan dalam kumpulan II. Dua pasukan terbaik  dalam setiap kumpulan automatik ke separuh akhir.

Kejohanan ini telah bermula dari 12 Januari dan akan berakhir pada 28 Januari 2018.

Foto Kredit : EHF EURO CROATIA 2018