Connect with:




Kebanyakan dari kita pasti akan gemuruh apabila terpaksa memanjat tembok dinding sepanjang sembilan kaki tanpa menggunakan peralatan keselamatan.

Berbeza dengan seorang pendaki yang bernama George King, dia berani mempertaruhkan nyawanya apabila masuk kedalam pagar Bjoeks Climb Centre, di Groningen, Belanda, pada jam 4 pagi sebelum menamatkan pendakian di atas tembok dinding yang tertinggi di dunia.

George, 18 memanjat struktur berkenaan yang berketinggian 121 kaki pada 26 Jun selama kurang dari 15 minit.

Lebih mengejutkan, dia tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan dan mendakinya tanpa memakai baju.

The Mail Online melaporkan bahawa George memberitahu dia berasa sangat teruja sepanjang memanjat dinding berkenaan dan dia mendakwa seperti sedang berkhayal.

George turut percaya bahawa dia merupakan orang pertama yang berjaya memanjat ‘Excalibur Wall’ yang tertinggi di dunia itu tanpa menggunakan peralatan keselamatan.

“Saya mula-mula melihatnya di YouTube dan berkata kepada diri saya sendiri bahawa pada suatu hari saya akan memanjatnya dengan bebas dari peralatan. Kini, impian saya menjadi kenyataan.

“Saya memastikan saya mengambil setiap pergerakan dengan teliti dan selamat. Apabila saya sampai ke puncak, ia benar-benar merupakan suatu kepuasan dan itu adalah suatu nikmat yang paling berharga perna saya dapat,” ujarnya.

Foto Kredit: Carter