Connect with:




Geng 52 ahli kelab gabungan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)  terpaksa berputih mata selepas keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak memihak kepada mereka yang menolak mesyuarat yang kononnya Kongres Luar Biasa (EGM) yang berlangsung bulan lepas.

Hal ini demikian, geng berkenaan tidak berpuas hati dan berhasrat ingin menyaman RMS atas tindakannya yang melayan mereka dengan tidak baik sehingga memecat seramai 43 daripada 52 ahli gabungan, Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata sekretariat FAS sudah menerima surat daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan 17 Disember lalu yang memaklumkan mengenai keputusan mereka terhadap Kongres Luar Biasa (EGM) ‘haram’ yang dilangsungkan Geng 52, awal bulan lalu.

“Surat itu menyatakan mesyuarat yang kononnya EGM pada 8 November lalu sudah melanggar statut dan terdapat beberapa keraguan maka ia tidak munasabah dan tidak mengikut proses.

“Tuanku Presiden, barisan Exco berasa amat bersyukur atas perkembangan ini dan fokus kami untuk memantapkan persiapan untuk bersaing pada musim 2019 dapat dipertingkatkan.

“Akhir sekali, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah menangani isu ini dengan penuh kredibiliti dan profesionalisma.

“Kami juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong Red Giants yang telah memberi sokongan sepenuhnya kepada kami selama ini,” katanya.

Terdahulu, geng 52 mengadakan EGM di Seri Kembangan, 8 November lalu selepas mereka menegaskan sudah mendapat sokongan yang secukupnya daripada ahli gabungan.

Tengku Amir Shah yang dipilih kembali selaku peneraju FAS tidak mengiktiraf EGM itu kerana mendakwa kongres tersebut tidak sah dan gagal mengikut prosedur artikel 30, Statut FAS.

Akibat dari itu, mereka yang tidak sehaluan dengan Tuanku Presiden menerima padah selepas Tuanku membuat keputusan untuk memcat seramai 43 daripada 52 ahli gabungan FAS.