Connect with:




Lagi kontroversi kem terjun negara yang mengejutkan selepas tersebarnya video yang memaparkan penerjun Malaysia sedang berseronok sambil minum minuman keras semasa latihan dekat Guangzhou, China di internet.

Dalam pada itu, jurulatih kebangsaan Zhang Yukun memberitahu beliau terkejut dengan isu berkenaan dan menyerahkan kes ini kepada Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.

Video yang membabitkan penerjun senior dari Program Podium dan juga penerjun remaja itu dipercayai dirakan pada Februari tahun ini, lapor Harian Metro.

Dari sudut Institut Sukan Negara (ISN) pula tidak akan berdiam diri dengan kontroversi yang melanda skuad terjun negara sekaligus akan mempergiatkan siasatan secara mendalam terlebih dahulu.

Menurut pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi memberitahu pihhaknya akan menuntut penjelasan dari semua pihak sebelum membuat kenyataan rasmi berkaitan kes berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada hari ini.

“Insya-Allah, kami akan keluarkan kenyataan rasmi petang ini. ISN dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dengan kerjasama penerjun dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Sebelum ini, suatu skandal panas turut melibatkan jurulatih kebangsaan dari China, Huang Qiang yang disabitkan pertuduhan merogol seorang atlet penerjun negara dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen, September tahun lalu.